Kita adalah insan kerdil yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. jadi sewajarnya selau berdoa dan memohon ampun kepada Allah. Keberkatan doa perlu dijaga dengan menuruti adab-adabnya.

1. Berdoa dengan hati penuh kusyuk. Sesuai dengan riwayat hadis`dari Abdullah bin Umar mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda : wahai manusia pintalah oleh kamu akan Dia dalam keadaan kamu semua yakin dengan kemakbulan, bahawasanya Allah tidak akan memakbulkan doa dari seorang hamba yang hatinya kosong dan lalai". (Riwayat Ahmad)

2. Merasa dukacita dan merendah diri.

3. Melahirkan kehinaan dan kelemahan diri.

4. Baik sangka terhadap Allah

6. Menyedari kelemahan-kelemahan atau keburukan diri sendiri.

7.Menghadap kiblat dan menadah kedua belah tangan dengan bersungguh.

8.Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.Sifat ini sesuai dengan hadis Rasulullah saw:"Jika salah seorang dari kamu berdoa, ia hendaklah memperlihatkan besarnya keinginan untuk memperolehinya kerana tidak ada satupun yang diaanggap besar oleh Allah." (Riwayat Abu Uwanah dan Ibnu Hibban).

9.Memulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah saw. Kemudian dahulukan dengan istigfar tiga kali dan berdoalah untuk kebaikan diri dan kebaikan orang lain.

10.Merendah suara pada waktu mengucapkan doa tidak terlalu keras, tidak pula terlalu rendah. Itu bertujuan untuk menenangkan jiwa orang yang berdoa dan sesuai dengan hakikat bahawa allah itu tidak tuli.

11. Diucapkan doa itu dengan jelas dan diulang-ulang untuk sesuatu yang lebih dihajati.

12. Berdoalah setiap ketika sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

13. Pilihlah masa dan waku yang lebih utama agar doa itu dimakbulkan.

14. Supaya doa dimakbilkan orang yang berdoa itu mesti menjaga makan dan minumnya.

15. Doa yang dipohon itu tidak mengandungi dosa atau sesuatu yang memutuskan ikatan silaturrahim.

16. Jangan berdoa sesuatu yang buruk sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.

17. Menyapu tangan ke muka apabila selesai berdoa.

kembali ke menu    kembali ke index