SOLAT ISTIKHARAH

Rasulullah saw pernah bersabda: "Allah tidak akan mengecewakan orang yang memohon kebajikan dari-Nya. Solat Istikharah ini ialah sembahyang untuk mengetahui penentuan tentang kebaikan dan keburukan pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat dipastikan. Dengan ibadah ini Allah menunjukkan petanda-Nya kalau baik diteruskan dan kalau tidak baik tidak diteruskan. Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat.

Cara melaksanakannya

1. Lafaz dan niat untuk solat istikharah:
 
Ushalli sunnatal istikharah rak'ataini lillahi taala

"Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakat dua rakaat kerana Allah taala"

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
    Rakaat pertama: Al-Kafiruun
    Rakaat kedua: Al-Ikhlas

3. Selepas sembahyang diikuti dengan doa ini:
 
 "Ya! Tuhan sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik dari-Mu dengan ilmu-Mu, aku mohon kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-mu dari kelebihan-Mu ang banyak, maka sesungguhnya engkau berkuasa aku tidak berkuasa, Engkau mengetahuidan Enkaula ang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya! Tuhan jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusan ku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan pada duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku,dan elakkan dariku dari padanya, tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa diatas segala sesuatu" 

kembali ke menu     kembali ke index