Make your own free website on Tripod.com
Sembahyang Sunat Istisqa'

Sembahyang Istisqa' ialah sembahyang minta hujan kerana sudah lama kemarau.
Dalam Islam ada tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:

1. Dengan berdoa secara individu atau beramai-ramai di masjid atau surau, di rumah dan lain-lain.

2. Dengan diadakan doa khas diakhir khutbah kedua sembahyang Jumaat, dengan harapan agar Allah, menurunkan hujan di waktu kemarau tersebut.

3. Cara yang paling baik ialah mengerjakan sembahyang sunat Istisqa' dengan berjemaah beramai-ramai. Malah hukumnya ialah sunat muakkad untuk penduduk Islam sesuatu tempat/negeri yang memerlukan air (hujan). Ia tidak disunatkan bahkan tidak sah sekiranya dilakukan di tempat/negeri yang tidak memerlukan air/hujan.

Persediaan sebelum mengerjakan sembahyang

1. Pemimpin agama, imam atau penghulu disesuatu tempat itu sebaik-baiknya menyuruh penduduk islam di tempat yang kemarau itu berpuasa sunat selama tiga hari sebelum melakukan sembahyang sunat Istisqa'.

2. Dalam pada itu, hendaklah semua penduduk disuruh bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiat dan kemungkaran. Sesuatau bala yang Allah turunkan kesesuatu tempat itu pastilah ada sebab musababnya, dan seringkali ia merupakan hukuman kerana berlaku banyak kemungkaran di tempat tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dari Ibnu Umar, yang bermaksud:
"Tiadalah sesuatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan itu malainkan nanti Allah akan mencabut nikmat-Nya dan membuat penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit."

3. Pada hari keempat, beramai-ramailah bersembahyang Istisqa' secara berjemaah. Sebaik-baiknya di tanah lapang kerana semua penduduk islam, baik lelaki ataupun perempuan, orang tua mahupun yang masih muda, sehingga kanak-kanak sekalipun boleh pergi beramai-ramai untuk mengerjakan sembahyang ini.

Kesemuanya memakai pakaian biasa sahaja (bukan seperti untuk pergi bersembahyang Hari Raya atau sembahyang Jumaat).

Cara melaksanakannya

1.Sesampai di tanah lapang, maka lakukanlah sembahyang istisqa' ini sebanyak dua raka'at.

2. Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut:
 
Ushalli sunnatal istisqaa-i rak'taini lillaahi ta'ala

Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunat Istisqa' dua raka'at menjadi imam/mungikut imam kerana Allah ta'ala"

3. Selepas membaca doa Iftitah, bacalah takbir berikut sebanyak tujuh kali:
 
Allahu akbar, Subhaanallaahi walhamdulillaahi walaa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adziim.

Ertinya: " Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, Segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung."

4. Imam hendaklah membaca Fatihah dan surah dengan nyaring. Bacaan surahnya ialah seperti berikut:
    Raka'at pertama: Surah Al-Hadid dan Surah Qaaf
    Raka'at kedua: Surah Al-Qmar dan Al-Ghasyiyah

5. Selepas bangun dari sujud dan berdiri pada raka'at kedua, hendaklah dibaca takbir/tasbih diatas lima kali sebelum membaca Fatihah dan surah.

6. Lakukanlah terus sembahyang ini seperti sembahyang sunat dua raka'at yang lain.

7. Selepas memberi salam, imam atau khatib disunatkan membaca dua khutbah yang khusus untuk Istisqa'.

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index