Make your own free website on Tripod.com
Solat Jemaah

Solat berjemaah adalah sunat muakkad........Banyak hadis-hadis yang menghuraikan keutamaannya, di antaranya:

1. Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasullulah saw bersabda:
    "Solat berjemaah itu lebih utama dari solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat."

"Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim".

2. Dari Abu Hurairah ra katanya "Rasulullah saw bersabda : "Solat seseorang dengan berjemaah itu melebihi solatnya dirumah atau dipasar sebanyak dua puluh lima kali lipat. Sebabnya ialah kerana bila ia berwuduk di lakukannya dengan baik lalu pergi ke masjid sedang kepergiannya itu tiada lain dari hendak sembahyang semata-mata, maka setiap langkah yang dilangkahkannya, diangkatlah kedudukannya satu darjat dan dihapuskan dosanya sebuah.Dan jika dia sedang solat, maka para malaikat memohonkan untuknya rahmat selama ini ia masih berada di tempat solat itu selagi ia belum berhadas, kata mereka: "Ya Allah, berilah orang ini rahmat, Ya Allah, belas kasihanlah ia! " Dn orang itu diangggap sedang bersembahyang, semenjak ia mulai menantikannya."
"Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dan hadis diatas adalah menurut lafaz Bukhari."
 

1. Hadirnya kaum wanita untuk berjemaah di masjid dan keutamaan solat mereka di rumah:

Kaum wanita boleh saja pergi kemasjid untuk mengikuti solat jemaah dengan syarat harus menjauhi segala sesuatu yang menyebabkan timbulnya syahwat atau fitnah, baik kerana perhiasaan atau harum-haruman yang dipergunakan. Dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda:" Janganlah kamu larang wanita-wanita itu pergi kemasjid, tetapi di rumah adalah lebih baik untuk mereka."

Dan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: " Janganlah kamu larang wanita-wanita itu pergi ke masjid Allah, tetapi hendaklah mereka itu keluar tanpa memakai harum-haruman."
 
(Kedua hadis tersebut diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud).
 

II. Sunat bersembahyang dalam masjid yang terjauh letaknya dan terbanyak anggota jemaahnya:
 
Hal tersebut berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh muslim dari Abu Musa, katanya:
 
" Rasullah saw bersabda: " Sesungguhnya orang yang terbesar pahalanya dalam solat ialah orang yang terjauh perjalannya."

III. Sunat berjalan ke masjid dengan tenang:
 
Berjalan ke masjid di sunatkan dengan perlahan-lahan dan tenang dan dimakruhkan tergesa-gesa, kerana seseorang yang pergi ke masjid itu dianggap dalam keadaan bersembahyang, mulai semenjak keluarnya dari rumah.

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda:
" Jika kamu mendengar suara iqamat, maka pergilah sembahyang dan jagalah agar perlahan-lahan dan selalu tenang. Janganlah tergesa-gesa, mana yang dapat secara berjemaah, lakukanlah dan mana yang ketinggalan susulkanlah"

IV.Disunatkan imam meringankan:

Imam disunatkan meringankan solat bagi para makmun berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

" Jika salah seorang di antara mu bersembahyang dengan orang banyak maka hendaklah diringankannya, kerana diantara mereka ada yang lemah, sakit atau tua. Adapun jika ia solat sendirian bolehlah dipanjangkan sekehendak hatinya".

Berkatalah Umar bin Abdul Bar: "Meringankan solat bagi seorang imam itu adalah soal yamg telah disepakati oleh para ulamak serta di sunatkan, asal saja jangan sampai mengurangi atau membuang kesempurnaan yang minima. Adapun jika sampai mengurangi, maka janganlah dilakukan sebab Rasulluh saw maelarang sembahyang seperti patukan burung gagak, sebagaimana pernah terjadi sewaktu beliau melihat seorang bersembahyang dengan rukuk yang tidak sempurna, maka sabdanya: " Kembalilah ulangi solatmu, sebab engkau sebenarnya belum sembahyang!" Ulas beliau pula" Allah tidaklah akan memperhatikan solat seseorang yang tidak meluruskan tulang rusuknya diwaktu rukuk dan sujud," Abu Umar bin Abdul Bar selanjutnya mengatakan: " Tidak ada saya dengar dari pihak ulama' suatu perbezaan pendapat pun mengenai sunatnya meringankan itu bagi imam, asal saja syarat kesempurnaan minima telah dipenuhinya."

Dan riwayatkan dari Umar, katanya: Janganlah kamu menyebabkan bencinya Allah terhadap hambanya, iaitu dengan memanjangkan solat hingga terasa berat bagi para makmun di belakang."