Doa  adalah suara dari lubuk sanubari kita yang mengaku sebagai hamba yang tidak boleh hidup tanpa Tuhan. Begitulah sifat hamba, tidak boleh hidup sendirian tetapi sentiasa bergantung harap pada belas kasihan. Sebagai hamba tuhan, kita bergantung harap pada belas kasihan-Nya untuk menjalani hidup dengan selamat dan sejahtera. Untuk tertunainya segala macam hajat dan selesainya segala macam dalam hidup.

Adakalanya bisikan dan rintihan di dalam hati sudah cukup untuk mendapat belas kasihan dari Allah, dan tertunainya hajat yang dirintihkan. Namun, Allah mahu hamba-Nya hidup berperaturan dan bersistem. Oleh itu Allah juga menyediakan peraturan dan cara untuk memudahkan hamba-hamba-Nya menyatakan hajat dan menyalurkan permohonan kepada-Nya, iaitu dengan cara berdoa mengikut cara dan adab-adab yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Maka selaku hamba yang sentiasa mengharap dan bersandar kepada Allah,kita juga harus mengikut saluran yang disediakan.
 
 



kembali ke menu     kembali ke index