Make your own free website on Tripod.com
KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Selain daripada kepentingan atau tujuan Khusus setiap jenis sembahyang sunat yang akan dibentangkan didalam bab yang lain, kepentingan sembahyang sunat secara amnya ialah:

1. Melengkapkan kekurangan didalam sembahyang fardhu

Kita tidak dapat nafikan bahawa kita masih banyak lalai didalam sembahyang. Sembahyang kita begitu jauh bezanya daripada sembahyang para sahabat dan orang soleh dahulu, apalagi hendak dibandingkan dengan sembahyang Rasulullah saw sendiri apabila anggota lahir kita sembahyang, akal dan hati kita tidak turut sama. Kadang kala, bermacam-macam perkara dunia yang kita ingat didalam sembahyang. Lebih malang lagi, kalau kita boleh terfikirkan perkara yang berbentuk maksiat ketika didalam sembahyang.

Sembahyang seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain, ia sudah koyak rabak. Berlubang disana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima sembahyang seperti itu. Samalah seperti kita hendak memberikan hadiah kepada seseorang, sudah tentulah dia tidak mahu menerima hadiah kain yang sudah koyak rabak. kalau pun diterima untuk menjaga hati kita, dia pasti akan membuangkannya sebaik kita sudah pergi.

Untuk menampung kekurangan ini, maka kita perlu lakukan sembahyang sunat. Sembahyang sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan didalam sembahyang fardhu. Ibarat kain yang sudah koyak kenalah ada kain yang lain untuk menmpal kain yang sudah koyak itu. Ia tidak boleh ditampal dengan keras atau plaster. Jesteru itu, ia mesti ditumpang dengan sembahyng sunat, bukan amalan sunat yang lain. Setidak-tidaknya, bila sudah ditampal dengan baik kain itu masih boleh digunakan, walaupun ia tidak akan menjadi sebaik kain yang sememangnya elok dan tidak koyak.

Sembahyang yang fardhu tetap tidak disepernakan dengan sembahyang sunat, maka orang itu tetap dikira berdosa. dan balasannya ialah neraka. Untuk mengelakkan dari siksaan nereka, maka bagi kita yang sembahyang fardhu kita masih belum sempurna, hendaklah membanyakkan sembahyang sunat. Begitu pula puasa sunat dapat menyempurnakan puasa wajib yang tidak sempurna, sedekah dan derma untuk menyempurnakan zakat yang tidak lengkap, umrah untuk menyempurnakan haji yang cacat dan seterusnya.

Mengikut kaedah fekah, seseorang yang amalan wajibnya tidak sempurna, maka amalan sunatnya bukan lagi sunat tetapi menjadi wajib aradhi (wajib mendatang). Sebab ia boleh menyempurnakan amalan yang wajib. Tetapi hukum ini tidak boleh diisytiharkan kerana kita tidak tahu siapakah yang amalan fardhunya tidak sempurna Allah sahajalah yang mengetahui dan dia nanti akan menemtukan siapakah yang amalan sunatnya sudah jatuh wajib atau sebaliknya.

Tetapi, kalau kita rasa yang sembahyang fardhu kita banyak cacat dan cela maka kita harus merasakan sudah menjadi wajib bagi kita melakukan sembahyng sunat. Dengan ini, kita tidak boleh meringan-ringankan sembahyang sunat. Sebaliknya, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendirikannya.

2. Menjadi benteng kepada sembahyang fardhu

Yang dimaksudkan sembahyang sunat menjadi benteng kepada sembahyang fardhu ialah seorang yang selau sembahyang sunat akan lebih sukar meninggalkan sembahyang fardhu berbanding seseorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu sahaja.

Kalau dia terlalu sibuk paling tinggi dia hanya akan mengorbankan sembahyang sunatnya, tidaklah sampai mengorbankan sembahyang fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan sembahyang fardhu, dia mungkin akan mudah mengorbankan sembahyang fardhunya ketika dia terlalu sibuk.
 
 

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index