Make your own free website on Tripod.com
Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid

Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat kerana menghormati masjid. Ia dilakukan setiap kali seseorang itu memasuki masjid dan sebelum dia duduk.

Perkara ini bersesuaian dengan sepotong hadis Nabi yang bermaksud:
"Apabila kamu masuk ke masjid, maka janganlah kamu terus duduk, sebelum kamu sembahyang dua rakaat".

Cara melaksanakannya

1. Dengan wuduk, apabila memasuki masjid, terus berdiri lurus menghadap kiblat untuk melakukan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid.

2. Sewaktu mengangkat takbiratul ihram, bacalah lafaz dan niat sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid:
 
Ushalli sunnatat tahiyyatul masjidi rak'ataini lillahi ta'ala 

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
    Rakaat pertama: Surah Al-Kafiruun
    Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Lakukanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain.

5. Selepas mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, barulah dikerjakan sembahyang sunat yang lain, melainkan jika sudah terlwat dan imam sudah mela bersembahyang fardhu, maka eloklah diikut sahaja sembahyang fardhu imam tersebut.

6. Apabila duduk didalam masjid, eloklah berniat i'tikaf:
 
 
Nawaitul i'tikaafii zal masjidi sunnata lillahi ta'ala

Ertinya: "Sahaja aku i'tikaf dimasjid ini kerana Allah ta'ala

7. Apabila sudah selesai beribadah didalam masjid dan hendak meniggalkannya, maka bacalah doa ini:
 
 Bismillahi wassalaamu 'alaa rasuulillah. Allahummagh firlii zunuubii 
 waftahlii abwaaba fadhlika

 

Ertinya " Dengan nama Allah dan salam ke atas Rasulullah, Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu kelebihan Engkau untukku
 
 

kembali ke menu      seterusnya       kembali ke index