Sembahyang Sunat Nikah

Setelah selesai majlis akad nikah, maka bagi kedua-dua pengantin, terutamanya bagi pengantin lelaki, adalah disunatkan untuk bersembahyang sunat kerana nikah.

Ini ialah untuk menandakan syukur kehadrat Allah swt diatas nikmat yang diberikan dan mengingatkan bahawa dengan berkahwin, terpikullah satu amanah Allah yang besar.

Cara melaksanakannya

1. Cara melaksanakannya adalah sama dengan sembahynag sunat dua rakaat yang lain, dengan niatnya:
 
 
Ushalli sunnatal "aruusi rak" ataini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sesudah nikah dua rakaat sunat kerana Allah taa'la"

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah :
    Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
    Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas

3. Lakukanlah sebagaimana sembahyang sunat yang lain sebanyak dua rakaat.
 
 

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index