Sembahyang sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dahulu.Ia merupakan hiburan kepada orang Islam yang bertakwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya, kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar ketenangan yang sementara sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura-pura serta merugikan pula. Hiburan yang pura-pura ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenar.

Sembahyang fardhu tidak mencukupi untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi sembahyang kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat dan celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seseorang yang hanya sembahyang fardhu, tetapi tidak mengerjakan yang sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah patah.

Kalau manusia sanggup menhabiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maa begitulah sepatutnya kita dalam soal ibadah. Walaupun sunat, peranan ibadah sunat seperti sembahyang sunat ini sangat besar dan penting. Sama-samalah kita fahami, hayati serta amalkan ilmu mengenai sembahyang sunat.
 

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index