PENGERTIAN

Sembahyang sunat ialah sembahyang yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, samaada sembahyang itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang. Sembahyang sunat ini juaga dikenali dengan sembahyang "nafilah" atau sembahyang "tathawwu" iaitu sembahyang yang tidak wajibkan dikerjakannya. Siapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa. Namun ia mempunyai pelbagai kelebihan yang sangat besar.

Sembahyang sunat adalah jauh lebih banyak daripada sembahyang fardhu. Kalau sembahyang fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari, tetapi sembahyang sunat tidak ada hadnya. Pada zaman dahulu, ramai pra sahabat yang mengerjakan sembahyang sunat sehingga beratus-ratus rakaat banyaknya.

Antara contoh sembahyang sunat ialah sembahyang Istisqa', sembahyang Kusuf, sembahyang terawih, Sembahyang taubat, sembahyang tasbih dan lain-lain lagi.
 
 

kembali ke menu     seterusnya    kembali ke index