Make your own free website on Tripod.com
Sembahyang Sunat Syukur

Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur kehadrat Allah swt, cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah, sujud syukur, sembahyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

Sembahyang ini dilakukan dalam dua rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam, asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.

Cara melaksanakannya

1. lafaz dan niat sembahyangnya ialah:
 
 
Ushalli sunnatasy syukri rak'taini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah taala"

2. Lakukan sembahyang ini seperti biasa. Surah yang dibaca boleh dipilih dari mana-mana surah.

3. Selepas memberi salam, bacalah doa kesyukuran. Antara doa yang boleh dibaca ialah seperti ini:
 
 
Allaahumah sin 'aaqibatanaa fill umuuri kullhaa wa-ajirnaa min khizyid dun-yaa wa'azaabal aakhirah. Allaahumah airnalhaqqa-warzuqnay tibaa-'ahu wa-arinalbaathilan war zuqnag tinaabah.

Ertinya: " Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; Dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya."
 


kembali ke menu      seterusnya    kembali ke index