Make your own free website on Tripod.com
 
SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Sembahyang sunat tasbih adalah sembahyang sebagaimana  yang  telah diajarkan Nabi saw kepada bapa saudaranya iaitu Saidina Abbas ibnu Abdul Mutalib. Baginda menganjurkan kepada mereka yang hendak melakukan sembahyang tasbih ini, jika mampu lakukanlah setiap malam, jika tidak mampu sekali seminggu, sekali sebulan ,sekali setahun, setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Ia dinamakan sembahyang tasbih kerana didalam sembahyang ini dibaca sebanyak 300 tasbih iaitu 75 kali setiap satu rakaat.

Cara-cara mengerjakan sembahyang Tasbih

Terdapat dua cara untuk mengerjakan sembahyang Tasbih ini

 1.  Empat rakaat satu salam
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.

 2.  Empat rakaat dua salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.

 Cara-cara melaksanakannya

 1. Setelah berdiri menghadap kiblat angkatlah takbir dan ucapkan lafaz beserta niatnya:

Ushalli sunnatat tasbih arba'a raka'atin lillahitaa'la

Ertinya: " Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaa kerana Allah Taa'la

(untuk malam)
 
 Ushalli sunnatat tasbih rak'ataini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja ku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taa'la"

  2. Ada tiga pilihan surah yang baik dibaca selepas al-Fatihah

         a. Rakaat pertama: Surah Yassin
             Rakaat kedua: Surah Al-Waqiah
             Rakaat ketiga: Surah Ad-Dukhan
             Rakaat ketiga: Surah Al-Mulk

          b. Rakaat pertama; Surah ad-Dhuhaa
              Rakaat kedua: Surah Al-Insyirah
              Rakaat ketiga: Surah Al-Kausar
              Rakaat keempat: Surah Al-Nashr

          c. Rakaat pertama: Surah Al- Zilzaal
              Rakaat kedua: Surah Al- 'Addiyaat
              Rakaat ketiga: Surah An-Nashr
              Rakaat keempat: Surah Al-Ikhlas
 

    3. Pada tiap-tiap rakaat hendaklah dibaca tasbih menurut cara yang dinyatakan dibawah ini. Adapun bacaan tasbihnya
        ialah:
 
Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha ilallahu akbar, walaa haula
walaa quuwata illaa billaahil 'aliiyil 'adzim

        Ertinya: " Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung"

    4. Peraturan membaca tasbih-tasbih sebanyak 300 kali (75 kali setiap rakaat) ialah seperti berikut:


     5. Sesudah tahiyat akhir, berilah salam

     6. Kalau sembahyang diwaktu malam, berdiri semula untuk melakukan rakaat ketiga dan keempat sebagaimana yang dilakukan pada dua rakaat yang terdahulu. Bacaan tasbihnya adalah sama pada tempat yang disebutkan diatas.

     7. Andainya terlupa membaca tasbih disatu-satu tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya,agar tetap tasbihnya itu berjumlah 300.Contohnya kalau terlupa membaca tasbih sewaktu iktidal, maka apabila selepas membaca tasbih sujud, bacalah tasbih ini sebanyak 20 kali

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Berdasarkan hadis rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas ra sembahyang sunat tasbih ini dapat menghapuskan sepuluh macam dosa bertepatan dengan tempat membaca tasbih disetiap rakaat sembahyang tasbih ini :
 
 
1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir
3. Dosa yang lama
4. Dosa yang baru
5. Dosa yang tidak sengaja
6. Dosa yang sengaja
7. Dosa yang kecil
8. Dosa yang besar
9. Dosa yang tersembunyi
10. Dosa yang terang-terangan

 

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index