Make your own free website on Tripod.com
Sembahyang Sunat Tawaf

Tiap-tiap kali seseorang mengerjakan tawaf di Masjidil Haram di Mekah, selepas bertawaf tujuh kali mengelilingi
Ka'abah, sama ada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan mengerjakan sembahyang tawaf disamping Baitullah. Sebaik-baiknya sembahyang sunat tawaf ini dilakukan di maqam Nabi Ibrahim, atau Hijir Ismail.

Cara melaksanakannya

1. Cara melaksanakannya adalah sama dengan sembahyang sunat dua raka'at yang biasa. Lafaz dan niatnya ialah:
 
Ushalli sunnatalt tawaafi rak'ataini lillaahi ta'ala

Ertinya: " Sahaja aku sembahyang kerana tawaf dua raka'at kerana Allah ta'ala"

2. Surah yang elok dibaca selepas Fatihah:
    Raka'at pertama: Surah Al-Kafiruun
    Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Setelah selesai sembahyang, bacalah apa-apa doa yang baik di tempat sembahyang itu, atau di bawah pancuran Emas, dan sangat baik sekali jika dapat dibuat di Multazam.

kembali ke menu      seterusnya     kembali ke index