Make your own free website on Tripod.com
Sembahyang Sunat Wuduk

Sembahyang sunat wuduk juga dikenali dengan nama sembahyang syukur wuduk. Ia merupakan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Jesteru itu ia boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Cara melaksanakannya

1. Selesai mengambil wuduk bacalah doa ini
 
Asy hadu alla ilaaha illallahu wah dahu laa syarika lah, wa asy hadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluh. Allahummaj-'alnii minat tauwaabina waj'alni minal mutathahhirin, waj 'alni min 'ibaadikas sholihin.

Ertinya: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada bersekutu bagi-Nya dan aku naik saksi bahawa Muahammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku dari hamba-Mu yang soleh.

2. Selepas itu, bolehlah dilakukan sembahyang sunat wuduk sebanyak dua rakaat. Lafaz dan niatnya ialah:
 
Ushalli sunnatal wudhu-a rak'ataini lillahi ta'ala

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan surah selepas Fatihah:

    Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
    Rakaat kedua: Surah An-Nas

Kelebihan Sembahyang Sunat Wuduk

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Bahawasanya Rasulullah saw bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh "Wahai Bilal ....! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab " Saya tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang aku sangat harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari, kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang"
 
 

kembali ke menu     seterusnya     kembali ke index