Make your own free website on Tripod.com
ADAB BERZIKIR

Allah berfirman: "Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu." "Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah dapat menenangkan hati."

1. BErzikir dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja tetapi yang sebaik-baiknya berlaku diantara hati dengan lidah.

2. Sebaik-baik tempat berzikir ialah di tempat lapang dan bersih, digalakkan berzikir di masjid dan tempat-tempat lain yang bersih.

3. Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang diucapkan.

4. Berzikir dengan penuh perhatian dengan itu ucapan zikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.

5. Kebersihan diri dari kekotoran hadas dan najis.

ADAB BERTAUBAT

Allah berfirman: " Allah suka kepada orang yang bertaubat dan bersuci"
Taubat ialah meminta keampunan dari Allah swt diatas kesalahan yang dilakukan sama ada terhadap Allah atau manusia

Lafaz taubat: .............

" Aku meminta ampun dari Allah yang Maha Besar, yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang hidup danberdiri dengan sendiri dan juga aku meminta taubat daripada-Nya"

Bagi kebersanan taubat perlu kepada memenuhi syarat-syarat ini, meninggalkan daripada maksiat itu, menyesal di atas perbuatan yang dilakukan dan ia berkeyakinan tidak akan kembali mengulangi maksiat itu selama-lamanya.Kalau kesalahan itu berkaitan dengan hak manusia hendaklah di kembalikan atau diminta izin daripadanya.