SOLAT HAJAT

Rasulullah saw. bersabda: "Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau salah seorang diri manusia maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia sembahyang dua rakaat. Sembahyang hajat bilangan rakaatnya dua tetapi ada pendapat lain mengatakan sebelas rakaat terpulang kepada individu masing-masing.

Cara untuk mendirikan solat hajat

1. Lafaz dan niat untuk solat hajat:
 
Ushalli sunnatal haajati rak'ataini lillahi taala

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala"

2. Bacaan surah atau ayat Al-quran selepas Al-fatihah:
    Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi
    Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Apabila selesai sahaja sembahyang terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini:
 
Subhanallazi labisal i'zza wa kola bihi subhanallazi ta a'tthofa bilmajdi watakarrama bihi subhanallazi ahsho kulla shaiin bi i'lmihi subhanallazi laa yakuunut tasbihu illa lahu subhaana zilmanni walfadhli subhaana zil i'zza walkirami ........................

"Maha Suci Allah yang bersifat kemulian dan Dia berfirman dengannya. MAha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu-Nya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu-Nya tidak kepada orang lain. Maha Suci Allah yang mempunyai kelebihan dan pemberian. Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat, aku memohon rahmat-Mu dari kitab-Mu, dan dengan nama-Mu yang mulia dan kehormatan-mu yang tinggi dan kalimah-kalimah-Mu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh segala kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau selawat dan salamkeatas Nabi Muhammad saw dan segala keluarganya kemudian diikuti dengan meminta hajat yang dikehendaki.......

kembali ke menu      kembali ke index