Adakalanya bisikan dan rintihan di dalam hati sudah cukup untuk mendapat
belas kasihan dari Allah, dan tertunainya hajat yang dirintihkan. Namun,
Allah mahu hamba-Nya hidup berperaturan dan bersistem. Oleh itu Allah juga
menyediakan peraturan dan cara untuk memudahkan hamba-hamba-Nya menyatakan
hajat dan menyalurkan permohonan kepada-Nya, iaitu dengan cara berdoa mengikut
cara dan adab-adab yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Maka selaku hamba yang
sentiasa mengharap dan bersandar kepada Allah,kita juga harus mengikut
saluran yang disediakan.