Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat kerana menghormati masjid. Ia dilakukan setiap kali seseorang itu memasuki masjid dan sebelum dia duduk.
Perkara ini bersesuaian dengan sepotong hadis
Nabi yang bermaksud:
"Apabila kamu masuk ke masjid, maka janganlah
kamu terus duduk, sebelum kamu sembahyang dua rakaat".
Cara melaksanakannya
1. Dengan wuduk, apabila memasuki masjid, terus berdiri lurus menghadap kiblat untuk melakukan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid.
2. Sewaktu mengangkat takbiratul ihram, bacalah
lafaz dan niat sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid:
|
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
4. Lakukanlah dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain.
5. Selepas mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, barulah dikerjakan sembahyang sunat yang lain, melainkan jika sudah terlwat dan imam sudah mela bersembahyang fardhu, maka eloklah diikut sahaja sembahyang fardhu imam tersebut.
6. Apabila duduk didalam masjid, eloklah berniat
i'tikaf:
|
Ertinya: "Sahaja aku i'tikaf dimasjid ini kerana Allah ta'ala
7. Apabila sudah selesai beribadah didalam
masjid dan hendak meniggalkannya, maka bacalah doa ini:
Bismillahi wassalaamu 'alaa rasuulillah.
Allahummagh firlii zunuubii
waftahlii abwaaba fadhlika |
Ertinya " Dengan nama Allah dan salam ke
atas Rasulullah, Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu
kelebihan Engkau untukku
kembali ke menu seterusnya kembali ke index