Sembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at.
Cara melaksanakannya
1. Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut:
|
Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunt Qudum dua raka'at kerana Allah ta'ala
2. Bacaan surah selepas Fatihah:
Raka'at pertama: Surah
Al-Kafiruun
Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas.
3. Selepas selesai mengerjakan sembahyang,
maka bacalah doa seperti berikut:
A'uuzu bikalimaa tillaahit taammaatil latii laa yujaawizuhunna barrun walaa faajirun min syarrimaa khalaq. Allahumma a'thinaa khaira haazal manzili wakhairwamaa fiih, wakfinaa syarrahu wasyarramaa fiih. Rabbi anzilnii munzalan mubaarakan wa-anta khairul munziliin. |
Ertinya:"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah
Allah yang sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik mahupun
orang yang jahat dengan segala kejahatannya. Ya Allah berilah kami kebaikan
ditempat ini dan kebaikan yang ada didalamnya dan selamatkan kami daripada
keburukannya. Wahai Tuhanku, turunkanlah kami disini dengan keberkatan,
Engkaulah sebaik-baik yang menurunkan."
kembali ke menu seterusnya kembali ke index