Tiap-tiap kali seseorang mengerjakan tawaf
di Masjidil Haram di Mekah, selepas bertawaf tujuh kali mengelilingi
Ka'abah, sama ada ia tawaf wajib atau tawaf
sunat, disunatkan mengerjakan sembahyang tawaf disamping Baitullah. Sebaik-baiknya
sembahyang sunat tawaf ini dilakukan di maqam Nabi Ibrahim, atau Hijir
Ismail.
Cara melaksanakannya
1. Cara melaksanakannya adalah sama dengan
sembahyang sunat dua raka'at yang biasa. Lafaz dan niatnya ialah:
|
Ertinya: " Sahaja aku sembahyang kerana tawaf dua raka'at kerana Allah ta'ala"
2. Surah yang elok dibaca selepas Fatihah:
Raka'at pertama: Surah
Al-Kafiruun
Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Setelah selesai sembahyang, bacalah apa-apa doa yang baik di tempat sembahyang itu, atau di bawah pancuran Emas, dan sangat baik sekali jika dapat dibuat di Multazam.
kembali ke menu seterusnya kembali ke index