Tempat mendirikan sembahyang sunat

Sembahyang sunat boleh didirikan diman-mana sahaja asalkan tempat itu suci menurut syariat dan dilakukan denagn mendhadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakannya ialah dirumah sendiri, melainkan untuk sembahyng sunat yang memang perlu dilakukan ditempat lain seperi sembahyang sunat tahiyyatul Masjid. suant tawaf atau ihram dan seumpamanya. Perkara ini ialah berdasarkan sepotong hadis Rasullulah yang bermaksud:
" Apabila salah seorang kamu sembahyang dimasjid, hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada sembahyangnya, supaya Allah meletakkan kebaikan didalam rumah itu kerana sembahyangnya tadi."

Didalam hadis yang lain pula Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya:
" Seutama-utama sembahyang ialah sembahyang kamu dirumah kamu, kecuali yang wajib."

Antara hikmahnya Rasulullah saw menggalakkan perkara ini ialah supaya ketua keluarga boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah. Dan juga apabila ia dilakukan ditempat yang tertutup, ia boleh mengelakkan daripada bersikap ria' (menunjuk-nunjuk) atau ujub (hairan diri). Kalau seseorang itu melakukan amal ibadah dengan perasaan seperti ini maka tidak ada apa-apa ganjaranlah daripada amalan tersebut melainkan sia-sia sahaja.

Waktu-waktu yang dilarang mengerjakan sembahyang sunat

Terdapat sedikit perbezaan pendapat diantara imam-imam mazhab mengenai waktu yang dilarang untuk mengerjakan sembahyang sunat.

Pendapat Imam Syafie

 Menurut Imam Syafie, adalah makruh tahrim (tidak digalakkan, tetapi tidak berdosa) sekiranya melakukan sembahyang sunat tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu seperti dibawah ini sembahyang yang dilakukan pada waktu tersebut dianggap tidak sah

1. Selepas sembahyang Subuh sehingga matahari terbit setinggi segalah.

2. Ketika matahari terbit sehingga ia setinggi segalah.

3. Setelah melakukan sembahyang asar ( yang dilakukan secara tunai) walaupun ia dijama' dengan zohor pada waktu zohor (jama' taqdim).

4. Ketika matahari berwarna kuning sebelum ia terbenam, sehinggalah terbenam keseluruhannya.

5. Ketika matahari benar-benar berada tegak diatsa kepala pada waktu tengahari sehinggalah ia tergelincir ke barat ( masuk waktu zohor), melainkan waktu Istiwa ( iaitu ketika matahari berada tepat diatas kepala pada hari jumaat).

Walau bagaimanapun, jika sembahyang sunatyang dikerjakan itu mempunyai sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang sunat Tahiyyatul masjid ( walaupun ketika Khatib sudah naik ke mimbar), sembahyang sunat wudu' dan sembahyang sunat tawaf, maka ia dibolehkan.

Begitu juga dengan sembahyang yang perlu dilakukan pada waktu berlakunya sesuatu kejadian seperti sembahyang sunat Istisqa' (sembahyang minta hujan apabila berlakunya kemarau) ataupun sembahyang sunat khusufain (ketika berkalunya gerhana matahari). Sembahyang ini sah dilakukan walaupun diwaktu makruh tahrim seperti tahrim yang disebutkan diatas.

Begitu juga adalah makruh melakukan sembahyang sunat ketika bilal beriqomah, melainkan ketika iqomah sembahyang jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan apabila bilal sudah beriqomah pada sembahyang juamaat adalah haram hukumnya.

kembali ke menu      seterusnya    kembali ke index